Cinta Fasad
10 May 2024 - Catatan sanubari; Cinta fasad. 7 tahun dalam alam percintaan bersama insan yang kau anggap istimewa dalam hidup hanyalah fasad cinta dan realiti yang beliau tunjukkan. Begitulah kisah aku. Remuk nya hati ini mengetahui kebenaran. Namun mungkinkah lebih baik mengetahui isi hati sebenar dari terus di sembunyikan dari pengetahuan. Aku mengetahui dari akaun Thread beliau di mana beliau menyatakan isi hati sebenar terhadap aku. Tuhan sahaja yang mengetahui betapa pedih nya perasaan saat itu. Belum aku beri tahu perihal ini, bahwa aku sudah mengetahui hal ini. Mungkin aku takut akan kesudahan nya nanti. Hati ini belum bersedia. Jadi aku rentetkan di sini. Cinta kepada ku, kau kata bukan lah seperti cinta pandang pertama mahupun cinta yang automatis terlahir dari hati kau. Cinta kepada ku hanyalah cinta usaha yang kau cuba lahir kan. Mungkin kerana itu, aku tidak dapat merasai tulus nya cinta mu. Semakin pudar cinta mu itu aku rasakan seiring dengan masa. Mungkin jantung kau