Cinta Fasad


10 May 2024 - Catatan sanubari; Cinta fasad.

7 tahun dalam alam percintaan bersama insan yang kau anggap istimewa dalam hidup hanyalah fasad cinta dan realiti yang beliau tunjukkan. 

Begitulah kisah aku. 

Remuk nya hati ini mengetahui kebenaran. Namun mungkinkah lebih baik mengetahui isi hati sebenar dari terus di sembunyikan dari pengetahuan. Aku mengetahui dari akaun Thread beliau di mana beliau menyatakan isi hati sebenar terhadap aku. Tuhan sahaja yang mengetahui betapa pedih nya perasaan saat itu. 

Belum aku beri tahu perihal ini, bahwa aku sudah mengetahui hal ini. Mungkin aku takut akan kesudahan nya nanti. Hati ini belum bersedia. Jadi aku rentetkan di sini.


Cinta kepada ku, kau kata bukan lah seperti cinta pandang pertama mahupun cinta yang automatis terlahir dari hati kau. Cinta kepada ku hanyalah cinta usaha yang kau cuba lahir kan. 

Mungkin kerana itu, aku tidak dapat merasai tulus nya cinta mu. Semakin pudar cinta mu itu aku rasakan seiring dengan masa. Mungkin jantung kau tidak lagi berdetik laju saat bersama ku seperti mana apa yang aku rasa kan setiap kali aku bersama mu. 

Ada satu ketika aku bertanya, "apa yang membuat kau jatuh cinta kepada ku?". 

Jawab mu, "Tiada. Kenapa harus ada sebab untuk mencintai seseorang?!".

Aku yang naif, berfikir, mempercayai kata kata mu. Namun, sekarang aku tahu jawaban nya, kerana memang tiada apa yang membuat mu jatuh cinta padaku. Cinta, hanya lah pura pura.

Kini kau juga bahkan selalu lupa akan tarikh penting dalam perhubungan kita. Ulang tahun kelahiran aku sahaja kau sudah lupa. Aku teringat, menunggu seharian untuk mendapatkan ucapan dari mu, tetapi kecewa. 


Kau juga mengatakan, tekanan dari cinta aku membuat mu merasa pudar. Boleh kah begitu jikalau cinta mu itu dari mula telus?

Aku mencintai mu dengan sepenuh hati ku. Apa aku harus mencintai mu seperti bermain main?

Apakah itu yang kau mahu?


Keputusan ku?


Kerana cinta, aku masih mahu bersama mu sehingga kau memutuskan sendiri keputusan mu. 

Waktu itu, aku akan bersedia. Aku pasti. Mempersiap siaga hati ku. 

Juga, aku cuba untuk mempudarkan rasa ini. Agar aku tidak lebih jatuh di sekian hari.


Salam.


Comments

Popular posts from this blog

Final??? Lumrah Siswa

Memilih yang terbaik...

Hanya Pada-Mu