Kehendak.



Sah-sah lah semua manusia di muka bumi ini mempunyai kehendak. Betul tak? Dan selalu nya, dalam hidup ini, banyak kehendak yang kita mahukan ia nya tercapai.

Manusia ada pelbagai jenis cita rasa dan dari situ, manusia ada pelbagai kehendak yang mana, ada antara mereka yang berkehendakkan gadget, ada juga mahukan baju-baju dan semua orang berkehendakan kekayaan. Kan? ke ada orang yang tak nak kaya ni? Erm.

Apa-apa pun kehendak yang kita mahukan, jangan terlalu excessive. Nak tahu kenapa. Sebab nya, kita kene sedar bahawa tidak semua kehendak kita itu akan tercapai. Tuhan tidak memberikan apa yang kita mahu. Bahkan, Dia berikan apa yang kita perlu. (Biasa dengar kan ayat itu).

Lagi satu, apa-apa pun yang kita mahukan, mestilah disertakan dengan usaha.Jangan jadi seperti Mat jenin. Angan-angan sahaja yang ada. Jangan sesekali gunakan sesuatu yang tak baik untuk mendapatkan sesuatu itu. Kerana, mungkin ia akan menyakitkan orang lain. Saya tahu, anda semua baik belaka. Apa yang menjadikan anda teruk adalah nafsu dan syaitan. Jangan libatkan mereka ini dalam kehendak anda. Kelak binasa lah.

Nak tanya anda semua, ada ke siapa-siapa yang berkehendakkan berkahwin dalam tempoh satu atau dua tahun dari sekarang? Kalau ada, saya doakan bertemu jodoh yang baik-baik dan semoga kekal sehingga akhir hayat.

Di sini ade beberapa potong ayat yang di-copy dari sahabat blogger kita, WADI , sebagai penutup entri kali ini :

Kehidupan adalah sesuatu yang perlu kita hargai kerana setiap saat yang berlalu tidak akan kembali lagi. Jadi cubalah untuk hargai apa yang ada disekeliling kita walaupun ianya bukanlah sesuatu yang kita impikan. Ingatlah, hidup tidak seindah impian... Firman Allah di dalam a-Quran :

"dan mungkin apa yang kamu benci itu adalah baik untukmu dan mungkin apa yang kamu sukai itu adalah buruk untukmu, Allah lebih mengetahui dan sesungguhnya kamu tidak mengetahuinya" 
(Al-Baqarah : 216)

Adakalanya, kita rasakan apa yang kita ada bukanlah yang terbaik untuk kita. Sebenarnya Dia Maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Ketahuilah, segala yang kita ada sekarang adalah yang pemberian yang terbaik dariNya. Impian bukanlah hanya indah di dalam diri tetapi ianya akan menjadi lebih indah sekiranya impian dijadikan target untuk dicapai dengan usaha tanpa jemu dan bersedialah untuk gagal dalam usaha mengejar sebuah impian. 


Kegagalan itu adalah suatu kejayaan kerana dengan kegagalan sebenarnya kita telah mendapat sesuatu yang berharga dipanggil PENGALAMAN.

Comments

  1. singgah sini.. tak salah nak teringin macam2, tapi kena work hard lah :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Final??? Lumrah Siswa

Zaiton Sameon

Memilih yang terbaik...