Memilih yang terbaik...
"Like a Grass In The Field. It's hard to determine which is the best. But you must trust and believe in your heart. One you find, you can't go backwards. What's had happen it's all qada' dan qadar."
Memilih Rumput.
Pada suatu hari, di sebuah sekolah, seorang guru telah
menyuruh murid-murid untuk mencari rumput yang cantik di sebuah padang bola.
Terdapat beberapa syarat yang dikenekan sebelum mereka dapat mencari
rumput-rumput mereka itu.
Antara syarat-syarat nya ialah:
- Mereka hanya dibenarkan memetik satu rumput sahaja.
- Mereka tidak dibenarkan menoleh kebelakang setelah berjalan ke hadapan.
- Dan setelah memetik rumput , mereka hasrus segera pulang ke kelas.
Seorang murid bertanya kepada guru nya, “ Bagaimana kami
ingin mencari rumput yang begitu istimewa sedangkan rumput-rumput kelihatan
sama sahaja?”.
Kemudian guru itu menjawab, “Kamu akan merasai nya dengan
hati kamu. Apa yang kamu perlu buat adalah yakin sahaja. “
Tanpa berlengah lagi, murid-murid terus mencari rumput
berkenaan. Bukan main payah lagi mereka mencari rumput yang begitu istimewa.
Bayangkan sahaja bagaimana ingin mencari rumput yang istimewa di sebuah padang
bola. Amat sukar kan?
-----
Setelah beberapa ketika, murid-murid pulang ke kelas mereka
dengan membawa rumput masing-masing.
Guru tersebut memuji murid-murid dengan berkata, “Bagus
murid-murid. Kalian telah berjaya mencari rumput yang istimewa bagi kalian
semua. Tahukah kalian semua, mengapakah ujian sebegini rupa yang saya berikan?”
Jawab murid-murid, “Tidakkkkk!!!!”
Guru berkata,” Beginilah bagaimana kita ingin mencari
pasangan hidup kita atau dengan makna lain, isteri atau suami. Kini memilih
mereka dari kalangan manusia-manusia yang begitu ramai didunia ini ibarat
banyak nya rumput-rumput dipadang yang luas. Dan yang paling istimewa dihati
kita adalah satu sahaja. Tidak boleh menjadi dua mahupun tiga. Kalau lebih dari
tiga itu sudah tidak menjadi istimewa. Betul tak murid-murid?”
Jawab murid-murid, “Yuupppp!!!”
Guru itu sambung,”mereka tidak boleh menoleh kebelakang
semula adalah kerana, setelah kita memilih pasangan kita, kita tidak boleh lagi
berpatah balik. Dengan maksud lain, setelah kita mengahwini wanita atau lelaki
yang kita suka, kita tak boleh senang-senang sahaja bercerai. Lagi pun, Islam
tidak menggalakkan penceraian tanpa alasan-alasan yang tidak munasabah. Kita
perlu mendidik hati kita untuk berpendirian teguh. Dengan itu, kita tidak akan
lagi menoleh kebelakang.”
Seorang murid berkata,”Bagaimana pula dengan orang yang
berkahwin lebih dari satu?”
Guru menjawab,”Itu gatal nama nya.”
Kemudian murid-murid pun ketawa, “Hahahaha.”
Seorang murid menyampuk,”Tapi Rasulullah berkahwin lebih
dari satu? “
Guru itu menjawab, “Rasulullah berpoligami selepas kewafatan
Siti Khadijah dan bukan sekaligus.”
Murid,”Ohhhh!!!!”
Guru menyambung cerita nya semula,”Kita juga memilih bakal
isteri atau suami bukan dari rupanya, kerana jika kalian memilih dengan rupa,
perasaan kalian akan pudar dengan pudar nya kecantikan berkenaan. Kita memilih
mereka dengan hati mereka, iman kita. Bagi perempuan, sebaik-baik perhiasan
adalah wanita solehah. Lelaki patut mengahwini wanita solehah dan bukan nya dengan
perempuan seksi. Selangkah isteri atau anak keluar dari rumah tanpa menutup
aurat, selangkah suaminya ke neraka. Perempuan pula harus memilih calon suami
yang soleh, yang boleh memimpin anda ke jannah dan pintu syurga.Bukan ke jalan
kelab malam atau jalan raya. Tidak juga ke jalan neraka.Jadi dengan itu, pilih
lah yang terbaik. Dan jangan lupa pada Maha Esa. Dia lah sebaik-baik perancang.
“
--------
Setelah beberapa ketika, kelas pun bersurai. Waktu pun sudah
habis. Begitu lah moral nye.
Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang
dari saya sendiri.
Segala kesilapan harap diperbetulkan. Saya hanya manusia
biasa yang mengimpikan hidup yang bahagia. Sekian sahaja cerita dari saya.
Thanks kepada kawan yang menceritakan kisah ini kepada saya.
Dan tahniah juga kepada sahabat itu kerana dia akan berkahwin tidak lama lagi.
Semoga bahagia yek sahabat sehingga ke anak cucu.Marilah kita sama-sama
mendoakan mereka. Amin!!
"Selamat Hari Raya Aidiladha Buat Semua Yang Beragama Islam."
suka cerita ni..
ReplyDeletethanks eri..hehe...
ReplyDeletenice entry
ReplyDeletehttp://nurulnamasaya.blogspot.com/
sangat best entry awok nie..
ReplyDeletesya pernah dgr juga anologi pasal rumput nie..
tpi dia kaitkan dengn benda lain..
best best..
keep on writing!!
http://nurainishahroni.blogspot.com/
Terima kasih semua..hahaha..kebetulan je nie
ReplyDeleteMenarik cerita ni. Mendalam maksud =D
ReplyDeletePerbandingan yang menarik... kreatif juga ye... :) (Y)
ReplyDeletehehehe..thanks..kawan yang cerita pasal mende nie dulu..olah balik je..huhu..terima kasih
Deletethat was sooo true...suke ngan entry ni dn penah dgr psl cte ni
ReplyDeletemendalam dn smpai mksudnya.. =)
that was soo true...suke entry ni dan pernah dgr cte ni
ReplyDeletemendalam dn sampai maksudnya =)