Selamat Hari Raya Aidilfitri. Happy Eid Day,

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Agak lama juga saya tidak menulis dalam blog saya ini. Erm, bukan sebab sibuk pun, cuma tiada idea dan tidak berkesempatan untuk menulis. Syawal baru sahaja tiba. Harap tidak lah saya ini terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilifitri dan maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan blogger saya khas nya, dan kepada semua rakan-rakan, keluarga dan umat islam di luar sana sekalian.

Termasuk hari ini, baru masuk syawal yang ke-12 semenjak hari Khamis yang lalu pada 8 Ogos 2013. Namun, semua pekerja-pekerja dan pelajar-pelajar, sudah mula sibuk dengan kerja harian mereka. Adat kehidupan. Perlu terus berusaha untuk berjaya. Bagi mereka yang tidak mencuba dan berusaha sahaja yang akan tekorban dalam medan menempuh dan mengharungi hidup.


Semoga dengan keberkatan syawal pada tahun ini, memberikan kita satu semangat baru dan kekuatan baru untuk terus berjuang. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Begitulah bagaimana Adnan Sempit, konon nya memberitahu kita agar terus berjuang. Hidup lah dengan penuh makna dan bersama yang tersayang. Akhir kata Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Ikhlas dari aizuddiNation beserta keluarga.

Comments

Popular posts from this blog

Final??? Lumrah Siswa

Zaiton Sameon

Memilih yang terbaik...