Things I Want / Perkara yang Saya Mahukan.
Assalamualaikum and salam sejahtera.
Ini perkara yang saya mahukan apabila masuk ke alam pekerjaan :
Ini perkara yang saya mahu lakukan bila sudah ada duit :
Perkara yang semestinya muslim mahukan sesudah mati :
Manusia manakah yang tidak mempunyai keinginan kan? Begitu juga saya. Sudah tentulah berbagai - bagai perkara yang saya mahukan sama ada semasa hidup mahupun sesudah nya.
Ini adalah perkara yang saya mahukan semasa saya masih belajar :
- Mahu dapatkan ramai kawan.
- Mahu dapat pointer tinggi.
- Mahu banggakan ibu bapa dengan result yang cemerlang.
- Mahu bersosial.
- Mahu semua yang dilakukan berjalan dengan lancar.
- Mahu up-to-date dengan teknologi zaman sekarang.
Namun, dari semua yang disenaraikan ini, tiada satu pun yang saya telah miliki. Usaha yang sikit akan membuahkan hasil yang sikit. Ini lah yang dikatakan bagai besar pasak dari tiang. Cuma angan - angan Mat Jenin.
Ini perkara yang saya mahukan apabila masuk ke alam pekerjaan :
- Mendapatkan kerja yang bagus.
- Gaji yang besar.
- Kumpul duit.
- Dapat banyak elaun.
- Bonus setiap tahun.
- Kerja yang senang.
- Rakan kerja yang friendly, best, funny dan tidak membosankan.
- Suasana kerja yang riang.
- Bos yang baik hati.
Untuk mendapatkan ini, sudah beberapa jalan yang saya pilih, jalan mana yang saya ambil dan berfikir kembali, benarkah ini jalan nya untuk mendapatkan ini? Tepuk dada tanya jalan.
Ini perkara yang saya mahu lakukan bila sudah ada duit :
- Besarkan rumah untuk kedua ibu bapa.
- Beli kereta untuk bapa saya.
- Beli tanah.
- Hantar ibu bapa saya ke Makkah.
- Pergi melancong bersama keluarga.
- Beli kereta.
- Beli gadget.
- Handphone untuk semua ahli keluarga.
- Pasang wifi kat rumah. Senang nak check in Foursquare. Haha.
Bila duit sudah banyak, jangan tamak haloba. Rugi diri sendiri. Simpan dan kumpul untuk masa hadapan. Saya mahu balas jasa Ibu bapa serta ahli keluarga. Mereka telah banyak berkorban untuk saya.
Perkara yang semestinya muslim mahukan sesudah mati :
- Permudahkan urusan di akhirat.
- Berjumpa dengan Nabi kita.
- Siksaan yang sedikit.
- Elakkan api neraka.
- Pahala berganda - ganda.
- Mati dalam keadaan beriman.
- Dan semestinya 7 lapis syurga.
Namun, pikirkan semula, apa yang kita usahakan untuk mendapatkan ini.
Comments
Post a Comment