Zaiton Sameon

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Zaiton Sameon. Itulah nama yang pernah saya dengar sewaktu kecil. Sejujur nya, bagi saya pada zaman bergelar kanak-kanak, Zaiton Sameon hanyalah sebuah ungkapan untuk memanggil seseorang. Maaf kepada Zaiton Sameon terlebih dahulu.

Pada tahun 2012 tahun lepas, baru lah saya kenal siapa itu Zaiton Sameon. Melihat kepada trailer Zaiton Ceritaku, sedikit sebanyak menyentuh hati saya. Apa tidak nya, beliau jatuh di zaman kegemilangan nya sekelip mata sahaja. Mari kita ungkap kisah lama ini.

Berdasarkan dari apa yang saya baca dan kopi dengan pasta, Zaiton Sameon ialah seorang penyanyi yang mencipta nama apabila menjuarai juara lagu 1987 dengan lagunya "Menaruh Harapan" ciptaan A.Ali, lirik oleh Habsah Hasan.Nama sebenar beliau adalah Zaiton Binti Sameon. Zaiton Sameon telah terbabit dengan kemalangan di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Batang Kali yang turut meragut nyawa anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar yang berusia 13 tahun di Batang Kali, Selangor pada 21 Februari 1990. Dalam kemalangan tersebut, Van yang mereka naiki telah dilanggar oleh lori. Seorang lagi yang turut meninggal dunia ialah pemuzik pengiring Zaiton, Ismail Shaari. Beliau telah tidak sedarkan diri selama 11 tahun (Feb 1990-Julai 2001). Selepas pulih ingatan, beliau kembali aktif menyanyi semula.

Antara lagu lagu nyanyian Zaiton Sameon
  1. Menaruh Harapan.(memenangi juara lagu)
  2. Kabut Serangkai Mawar (ciptaan M Nasir).
  3. Berendam Air Mata.
  4. Menadah Impian.
  5. Kocek Kosong.
  6. Engkau Kekasih.
  7. Fahamilah Daku.
  8. Kisah Pahit.
  9. Diriku Tersingkir.
  10. Damai.
  11. Semalam Satu Cerita.

Bagi sesiapa yang ingin mendekati mahupun mengetahui apa yang berlaku kepada Zaiton Sameon selepas kemalangan boleh lah menonton filem Zaiton Ceritaku. Boleh Download sahaja sekarang nie. Hidup beliau selepas kemalangan itu sungguh menyedihkan. Subhanallah, sekejap sahaja nikmat itu Allah tarik.

[Al An'aam:73]
Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui

[Al Mu'min:68]
Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".

Subhanallah. Begitulah kekuasaan Allah. Jadi beringatlah kita, supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. 5 perkara sebelum datang nya lima perkara:
  1. Sihat sebelum sakit.
  2. Lapang sebelum sempit.
  3. Kaya sebelum miskin.
  4. Muda sebelum tua.
  5. Hidup sebelum mati.
  "Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un - Surely we belong to God and to Him shall we return".


Here, i put the video of Menaruh Harapan. If you wanna see it you can play it.



 

Comments

Popular posts from this blog

Final??? Lumrah Siswa

Memilih yang terbaik...