Tarbiyah.


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca di luar sana. Apa khabar? Baik hendak nya.

Hari ini, saya mahu mengupas sedikit sebanyak tentang "Tarbiyah". Saya ini bukan lah orang yang alim pun. Mahupun terkadang terlepas juga solat lima waktu yg disebabkan kelalaian sendiri. Namun, setiap manusia mempunyai kesalahan masing-masing. Dan jika sudah disedari kesalahan nya itu, hendaklah mereka bertaubat. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Sudah beberapa kali saya mendengar perkataan "Tarbiyah" yang selalu diucap oleh rakan saya.

"Apa itu tarbiyah?", bisik hati kecil ini yang seakan-akan memahukan jawapan.
Ya, saya mengaku, ilmu agama saya ini sangat kecil. Lantas dengan itu, tangan ini menggapai komputer dan membuka search engine. Encik Google. Bertanyakan Encik Google, apa itu tarbiyah. Pelbagai option yang dapat.

Tarbiyah sebenar nya berasal dari bahasa Arab yang bererti pendidikan, sedangkan orang yang mendidik pula dinamakan Murobi.

Dalam Islam, istilah pendidikan disebut dengan tarbiyah. Menurut ilmu bahasa, tarbiyah berasal dari tiga pengertian kata -robbaba-robba-yurobbii- yang ertinya memperbaiki sesuatu dan meluruskannya. Sedangkan erti tarbiyah secara istilah adalah:
  1. Menyampaikan sesuatu untuk mencapai kesempurnaan, dimana bentuk penyampaiannya satu dengan yang lain berbeza, sesuai dengan tujuan pembentukannya.
  2. Menentukan tujuan melalui persiapan sesuai dengan batas kemampuan untuk mencapai kesempurnaan.
  3. Sesuatu yang dilakukan secara bertahap dan sedikit demi sedikit oleh seorang pendidik.
  4. Sesuatu yang dilakukan secara berkesinambungan, maksudnya tahapan-tahapannya sejalan dengan kehidupan, tidak berhenti pada batas tertentu, terhitung dari buaian sampai liang lahad.
  5. Dijadikan sebagai tujuan terpenting dalam kehidupan, baik secara individu maupun keseluruhan, iaitu untuk kemashlahatan ummat dengan asas mencapai keredhaan Allah SWT seperti tersirat dalam firman Allah:
Tidak wajar bagi seorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al kitab, hikmah dan kenabian, lalu ia berkata kepada manusia, 'hendaklah kamu menjadi penyembahku, bukan penyembah Allah'. Akan tetapi(dia berkata),'hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.
              (Al Imran:79)

Selain itu, tarbiyah juga bermaksud : 
  1. proses pengembangan dan bimbingan, meliputi jasad, akal, dan jiwa, yang dilakukan secara berkelanjutan, dengan tujuan akhir si anak didik tumbuh dewasa dan hidup mandiri di tengah masyarakat.
  2. kegiatan yg disertai dengan penuh kasih sayang, kelembutan hati, perhatian, bijak, dan menyenangkan (tidak membosankan).
  3. menyempurnakan fitrah kemanusiaan, memberi kesenangan dan kemuliaan tanpa batas sesuai syariat Allah SWT.
  4. proses yg dilakukan dengan pengaturan yg bijak dan dilaksanakan secara bertahap dari yg mudah kepada yg sulit.
  5. mendidik anak melalui penyampaian ilmu, menggunakan cara yg mudah diterima sehingga ia dapat mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.
  6. kegiatan yg mencakupi pengembangan, pemeliharaan, penjagaan, pengurusan, penyampaian ilmu, pemberian petunjuk, bimbingan, penyempurnaan, dan perasaan memiliki terhadap anak.
  7. Tarbiyah terdiri atas: 
  •  Tarbiyah Khalqiyyat, yakni pembinaan dan pengembangan jasad, akal, jiwa, potensi, perasaan dengan berbagai petunjuk.
  • Tarbiyah diiniyyat tahdzibiyyat, pembinaan jiwa dengan wahyu untuk kesempurnaan akal dan kesucian jiwa menurut pandangan Allah SWT.

Jadi dalam bahasa yang senang difahami, tarbiyah means getting closer to Allah. Mendekatkan diri kepada Tuhan Yang Satu.


Jadi, itulah makna Tarbiyah. Sekarang dah faham. Alhamdulillah.
Sama-samalah kita berubah untuk menjadi insan yang cemerlang dari segi rohaniah dan insaniah. Semoga hidup kita diberkati oleh Allah selalu.

Sampai disini sahaja entry hamba yang kerdil ini. Semoga berjumpa lagi nanti. 
Sumber : Wikipedia [Indonesia] & kawan sekelas. ^_^

 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Final??? Lumrah Siswa

Memilih yang terbaik...

Hanya Pada-Mu