Hanya Pada-Mu

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera hendak nya. Apa khabar? Sihat ? Alhamdulillah. Lama dah tak update blog ni. Sawang un sudah berterabur merata-rata. Kalau kait, boleh dapat sehelai baju. Hahaha.

Korang pernah tak mengalami keadaan yang tak tenteram? celaru sini sana, tak tenang dan sebagai nya? Perkara ini selalu terjadi pada saya. Namun, nasib baik saya dikurniakan dengan sahabat-sahabat yang baik. Alhamdulillah. Satu hari, saya mengadu lah pasal nie pada sahabat saya.Syukur, ada tips yang dia bagi. Terima kasih sahabat. ^^

Nasihat nya pada saya bila tak tenang atau fikiran celaru : 
  • Tarik nafas dalam-dalam. Jangan terlalu dalam. Nanti susah lak nanti. Hahaha.
  • Baca lah ayat kursi (Untuk beragama Islam).
  • Baca surah tiga Kul (Untuk beragama Islam).
  • Istighfar. (Untuk beragama Islam).
  • Berdoalah kepada Tuhan. 
 
Ini saya ada bekalkan sedikit doa untuk kalian.

Bahasa Melayu : 

"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, mensyukuri nikmat-Mu, dan memperbaiki ibadah kepada-Mu."
Doa daripada Rasulullah S.A.W - Riwayat Ahmad.
Bacalah selepas solat. Insya-Allah.

Tegas nya disini, dalam keadaan senang mahupun susah, selalu lah kita mengingati Tuhan kita dan selalu lah kita mendekati diri ini dengan-Nya. 

Sama-samalah kita memperbaiki diri ini. Sama-sama menuju Syurga.

^_^


Comments

  1. terima kasih atas perkongsian...
    hari ni dalam ilmu lagi, sambil blogwalking..
    jemput singgah ke teratak Blog saya juga... (^_^)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Final??? Lumrah Siswa

Memilih yang terbaik...