Aku Tidak Kuat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku tak kuat, untuk menghadapi segala ujian dunia.
Aku tak kuat, untuk berdiri sendiri.
Aku tak cukup kuat, untuk merentasi alir sungai kehidupan.

Aku manusia lemah, manusia lurus. Sentiasa terjatuh dalam perangkap syaitan durjana.
Aku manusia lemah, tidak mampu mempertahankan hak aku sendiri.
Aku memang manusia lemah, tidak mampu melindungi orang yang aku sayang.


Kata si bijaksana,
guna akal sebelum bertindak.
apa guna ilmu tanpa digunakan.
bergaul bersama si bijaksana.
dekati orang yang harum, dapat sekali keharuman itu ke kita juga.
begitu juga sebalik nya.

Kata si Iman,
Allah ada,
Malaikat peneman nya,
Rasul model nya,
Kitab itu petunjuk nya.
Hari akhirat itu peringatan nya,
Qada' dan Qadar itu ketentuan nya.

Kata si Tua,
"Wahai anak muda, lagi bertenaga. Janganlah engkau bersedih. Mohon lah petunjuk dari Nya. Dia Yang Maha Kuasa, Maha Bijaksana. Dia tidak akan sesekali menduga hamba Nya dengan dugaan yang tidak dapat diatasi oleh hamba Nya. Berdoalah. Nescaya dilapang kan dada, dipermudahkan hidup."





Daripada Anas bahawa Rasulullah s.a.w. selalu berdoa: Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sifat penakut, kebakhilan, tua yang nyayuk. Dan aku berlindung dengan daripada azab kubur, dan aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kehidupan dan kematian. (Hadis riwayat Abu Daud )




Note for parents out there : Dekati anak-anak anda. Tahu apa masalah mereka. Bantu mereka membesar. Jangan sesekali abaikan tanggungjawab anda. Sokong mereka bukan menjatuhkan semangat mereka atau kutuk mereka. Anak-anak juga manusia, punya hati dan perasaan. Setiap kata - kata itu doa, dan kata - kata itu juga boleh menjadi pedang tajam yang akan membelah hati anak-anak anda. 

Comments

Popular posts from this blog

Final??? Lumrah Siswa

Zaiton Sameon

Memilih yang terbaik...