Sem III 2012/2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca di luar sana. Ade ke pembaca.? Perasan sudah. Hahaha. Tak apa-apa lah.

Sekarang sudah masuk minggu ke 3 aku menyambung pelajaran aku di UMP [Universiti Malaysia Pahang] sebagai senior year. Yelah kan, sebab da masuk sem III aku kat sini. Tapi aku jadi senior un tak nampak macam senior un. Budak kecik macam aku nie macam budak sekolah je. Hahahaha. Itu perasaan aku. Beza antara perasan dan perasaan. Hahaha.

Tiga minggu nie, aku asyik bermain dengan perasaan je. Perasaan yang bercampur baur terhadap parents aku sendiri. Ade lah masalah sikit. Yang sebetul nya masalah kewangan.Nasib je lah PTPTN dapat support aku kat sini. Lega lah sikit.

Tapi macam biasalah aku, bila ade duit sikit je tak ingat dunia. Tapi, aku masih lagi berbalanja secara sederhana. Itu yang melegakan aku. Aku tengok kawan-kawan aku sume belanja gune duit gaji mereka je dulu. Tak usik duit PTPTN lagi. Tapi aku ? Aku kerja juga, tapi duit gaji aku hanya dihabiskan untuk membeli barang keperluan untuk masuk sem III nie. Aku bekerja selama nie macam tak nampak pun hasil nya. Sedih pun ade. Tapi nak wat cmne. Tu pun nasib baik aku kerja. Lau tak , nak cari manew duit untuk beli barang keperluan. Syukurlah jugak.

Gaji aku bukan lah besar sangat un. Dengan kehidupan di bandar, tambah pula parents aku  tak support pun semasa aku kerja. Semua guna duit sendiri. Makan, bilik sewa. Nasib baik abang aku ade tolong sikit-sikit. Dah terhutang budi dah aku kat dia. Aku tak berapa suka sebenar nyer nak terhutang budi ngan orang nie. Sebab lau ape-ape berlaku , tak dek lah aku rase macam terhina sangat kan.[soal bangit membangkit atas budi diorang - itu yang aku tak suke].

Banyak benda yang bermain di pikiran aku untuk dibeli. Namun ape boleh buat. Diam sahaja lah. Bak kata pepatah, Ukur baju di badan sendiri. Tahu lah akan kemampuan diri sendiri. Tak mampu tak payah. Senang je.

So sekarang, ape ape pun doa sahaja yang mampu. Berdoa semoga aku terus bersabar dan tidak menjadi tamak, dan seorang yang derhaka. Percaya bahawa kebahagian itu akan datang tak lama lagi. Mungkin hari ini kita kat bawah, akan datang kita pasti diatas jua. Dan bila sudah berada diatas, jangan lupew sewaktu kita dibawah.

Ini sahaja yang aku mampu cakap selama aku berada disini dalam tiga minggu ini. Orang cakap "everyday is a new day ."So, tanamkan semangat setiap hari semoga tidak diluntukan oleh kata busuk orang lain. Hehehe. Aku tak tahu lah entry aku menarik ke tak ke? Tak pe. :D Yang penting senyum sokmo. Dengan senyuman sahaja aku dapat menyembunyikan seribu kepahitan. :)

So, time to say goOd bye. See ya later.


Comments

  1. waalaikummusalam... nice post .. xpe , yg pentim kite belajar berdikari dan xsusahkan sape2... insyaAllah , Allah bg ape yg kite perlu , bukan ape yg kite mahu ... mungkin ade hikmah disblik smua ni.. bykkan doa dan gudluck..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Final??? Lumrah Siswa

Memilih yang terbaik...

Hanya Pada-Mu