Maafkan Daku Wahai Sahabatku.

Assalamualaikum para hadirin sekalian. Nak kata lama tak dek lah lama sangat kan tak update. Hehehe. Erm, sekarang nie aku ade masalah dalam persahabatan. Atas sifat tidak matang aku, aku sudah merosakkan segala-gala nya. Merosakkan hubungan yang terjalin, ikatan sillaturrahim sesama umat.

Kerana aku, percintaan mereka terlerai, disebabkan aku, kawan menjadi lawan, dan kerana aku, hati kecil hancur berderai. Mengapa aku bersikap sedimikian rupa? Aku sendiri jawapan nya. Aku , yang hanya pentingkan diri sendiri sahaja, yang hanya memikirkan perasaan aku sendiri sahaja sehingga perasaan orang lain tidak aku endahkan. Kawan jenis ape aku nie? Kadang -kadang persoalan ini timbul di benak ku di kala muhasabah diri sendiri.

Aku tau ramai yang terluka dengan ku. Aku selalu menyinggung perasaan mu, dari segi kata mahupun perbuatan ku sendiri. Aku mahu kawan yang baik, tapi aku tak pernah jadi yang baik. Aku mahu kawan yang peramah, tapi aku tak pernah peramah. Aku mahu kan kawan yang berkongsi suka dan duka bersama, tapi tidak ku jadi seperti itu.

Aku memang bersalah kerana selalu mengikutkan hati aku sahaja. Walau kau nampak ku diam, tetapi hati ku tidak lah diam seperti yg disangka. Kadang-kadang mulut menjadi seperti lada yang bisa membuat orang pedas, dan terkadang tangan yang menulis seperti peluru yang meremukkan dinding batu konkrit.

Aku tahu memang payah untuk memaafkan aku. Tapi, bila tiba masanya, aku harap korang dapat memaafkan aku. Salah aku sendiri tidak lah ku sedari bak kata pepatah, semut diseberang nampak akan tetapi gajah didepan mata tidak nampak. Aku hanya manusia biasa yang sentiasa melakukan kesalahan. Cakap memang senang, tapi yang merasa sahaja tau perit nya hati. Betulkan. Jadi, aku disini ingin meminta maaf kepada sesiapa yang terguris hati dengan sikap ku selama ini.

Aku merayu kerana dengan kebencian korang terhadap aku membuat aku sudah cukup derita. Aku mahu ingat kembali kenangan manis yang kita ukir bersama.

Yang Benar,


Comments

Popular posts from this blog

Final??? Lumrah Siswa

Memilih yang terbaik...

Hanya Pada-Mu