Iftar Bersama Keluarga Tersayang


 
Assalamualaikum wahai para sahabat dan pembaca-pembaca sekalian..ada ke pembaca? hehehe. Takde pun tak apalah. Huhuhu. Sebut je bulan Ramadhan , semua pasti akan berfikir tentang tak boleh makan. Korang tahu tak apa itu Ramadhan? Ramadhan itu ialah menahan diri daripada makan atau minum disiang hari sehingga lah masuk waktu maghrib. Betol ke ape yang aku cakap nie? Erm, lau tak betol korang ley la baca maksud sebenar die dekat sini ---->Maksud Bulan Ramadhan .

   Ape perkara yang paling best bagi anda dalam bulan Ramadhan agak nyer yek? Bagi aku, sudah cukup dapat berbuka dengan family untuk membuat aku bahagia. Inilah aku yang terlalu merindui keluarga aku setelah sebulan bekerja di Kuantan Pahang. Kesibukan bekerja membuatkan aku tiada masa untuk pulang ke kampung halaman untuk berbuka bersama. Sebab tu baru -baru nie mak aku tepon aku. Paksa kiteorang suruh balik berbuka bersama. Hahahaha. Lagi pun anak sedara aku yang pertama ade kat rumah. Bertambah lah suka nyer aku. By the way, nama anak sedare aku tu ialah Hea Nur Elisya. Hahahaha.

   Aih, tua da aku rupenyer. Hehe. Aku ngan abang aku amik cuti selama sehari dan bermalam selama satu hari sahaja. Petang jumaat tu kiteorang balik dengan menaiki bas ke Jengka dan kiteorang balik sini semula pada petang sabtu.

    Suasana berbuka di rumah aku tu sungguh meriah, Hehehe. Banyak cerita yang aku ingin kongsikan selama aku di bandar. Masa yang singkat dan malam tu aku tidow dalam kul 12. Biasalah kan. Badan penat baru pulang. Huhuhu. Namun begitu, aku bersyukur sekali kerana dapat juga berbuka bersama mereka. Apatah lagi dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kami.

    Hati mana yang tidak sedih apabila ingin meninggalkan keluarga. Begitu juga aku. Namun ku pendam perasaan itu dan melepaskan ia nya pergi. Aku harap Ramadhan ini dapat memberikan cahaya baru kepada keluarga kami. Walau un aku tiada bersama , tetapi aku berharap mereka sentiasa bahagia.

      Aku rasa cukup lah kot. Takdek idea tentang penulisan aku kali nie, Blurr je ase. Tak berapa nak berkesan sangat penceritaan aku kali aku rase. Maaf lah yek. Aku harap korang bersyukur bila dapat iftar bersama keluarga anda. Last statement, jangan ponteng puasa. And biler da puasa tu, solat la. Tiada makne nyer bila puasa tapi tak solat. Begitu juga aurat,tutup lah. eh? hehehe. Bye. Jumpa lagi lain kali. Maaf atas semua kesalahan aku yek. Dan asenyer memang lambat da nak ucap Selamat Menyambut Ramadhan. Huhuhu. Tapi nak gak aku ucap. Selamat Menyambut Ramdhan......Puasa jangan tak puasa.

Comments

  1. Memang seronok iftar dgn keluarga... :)
    Sabar ye, jarak jauh membuahkan benih cinta dalam hati setiap ahli keluarga, InsyaAllah, moga Allah Redha..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Final??? Lumrah Siswa

Memilih yang terbaik...

Hanya Pada-Mu