Ujian Di Akhir Semester

Semakin dekat diri ini dengan peperiksaan akhir bagi semester 2 tahun 1. Berat rasanya otak ini dibebani dengan assignment yang bertimbun- timbun. Rehat yang sikit dan amat memenatkan. Term untuk tidow lewat itu sudah biasa pada waktu - waktu sebegini. Sebagai seorang yang bergelar siswa, dugaan ini perlu dilalui dengan tabah.




Hari - hari seterusnya pula diuji dengan hubungan persahabatan yang rapuh. Bagi Mr Eden, perkara sebegini selalu sahaja berlaku semenjak berada di sini. Tidak tahu apa lagi agak nyer salah diri ini. Kebahagiaan di akhir semester selalunya akan berakhir dengan kerenggangan di awal sem nanti. Hanya kesabaran dan ketabahan yang menemani diri ini. Detik ini diri terasa keseorangan. Keseorangan dalam memilih jalan hidup.

Warna persahabatan yang semakin pudar dan selalunya sementara sahaja. Warna-warna kerapuhan emosi mula terpancar.



Pada waktu ini, hanya satu senjata yang hanya dapat digunakan. Doa pada Tuhan Yang Maha Esa. Kerana hanya pada -Nya sahajalah yang tahu apa yang kita lalui dan apa yang kita rasa dalam hati ini. Ya Tuhan, bantulah hambaMu ini dalam menjalani kehidupan ini dan suluhkan jalan ku dengan cahaya hidayahMu. Amin Ya Rabbal Alamin.

Comments

Popular posts from this blog

Final??? Lumrah Siswa

Memilih yang terbaik...

Hanya Pada-Mu