New Hope v/s New Life




Hiii semua. Setiap perbuatan ade penghujung nya dan ade juga permulaan semula. Bagi Mr. Eden, ini adalah permulaan baru untuk Mr.Eden memulakan semula hidup Mr. Eden yang dahulu nya rapuh serapuh sebatang lidi yang senang di patahkan.

Setiap permulaan mesti ada harapan baru. Begitu juga dengan Mr.Eden. Terlalu banyak harapan Mr. Eden terhadap hidup Mr. Eden dalam dunia ini. Sudah semestinya harapan untuk mendapat kehidupan yang baik, bahagia dan sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T.

Jadi, Mr . Eden mahu anda semua kalau boleh membantu Mr.Eden dalam mengharungi liku-liku dan juram- juram dalam kehidupan ini. Sila beri tunjuk ajar kepada saya untuk saya memperbetulkan kesalahan dan kelemahan saya. 

Saya juga adalah insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Dan inilah masanya untuk Mr. Eden memperbaiki kelemahan Mr. Eden dengan bantuan anda semua. Terima kasih.


Comments

Popular posts from this blog

Final??? Lumrah Siswa

Memilih yang terbaik...

Hanya Pada-Mu