Warkah Untuk Ibu.




Ibu,
aku rindu gelak tawa mu,
aku rindu senyuman diwajah mu,
aku rindu pelukan hangat dari mu,
aku rindu doamu kepada ku yang tidak putus-putus,
aku rindu kata kata semangat yang kau berikan.

Dahulu sebelum tidur,aku selalu mengucapkan ini, "Tidur dulu mak, abah, assalamualaikum, selamat malam mak, selamat malam abah, goodnight mak, goodnight abah."
Sekarang kepada siapa mahu aku ucapkan.

Dahulu ibu selalu kejutkan aku untuk ke sekolah, membuat sarapan ku, selalu ibu berikan kucupan nya itu, sebelum aku berangkat ke sekolah. Dan tika aku pulang, ibu menyambut ku dengan senyuman nya itu.

Ibu, kini aku kesepian. Keseorangan. Dimana akan ku cari pengganti kepada mu. Tiada . Tiada siapa yang dapat mengambil tempat mu ibu, dari perkampungan hati ku. Jauh dari lubuk hati aku.

Ibu, ingin sekali aku menunjukkan pada mu, yang aku sudah membesar. Membesar dengan kenangan yang kau tinggalkan. Kini aku sudah mempunyai kerjaya, mempunyai isteri dan anak. Cucu mu ini sentiasa bertanya kepada ku, bagaimana kah wajah mu. Aku pula berkata, wajah nenek, seiras dengan abah. Ya, wajah aku mirip sedikit dengan mu ibu.

Tuhan menciptakan wajah kita mirip dengan ibu bapa kita apabila kita meningkat dewasa dan semakin tua. Kerana apa? Kerana Tuhan tahu, kita merindui mereka. Ya, memang aku selalu merindukan mereka. Aku sayang pada mu Ibu, dan juga Bapa.

Aku akan selalu mendoakan mu ibu dan tak lupa juga bapa.Semoga tenang hidup di sana.
--------------------------------------------------------------------
T.A.M.A.T
Cerita direka oleh: East Guy.

Alhamdulillah ibu dan bapa saya ada lagi menemani saya dan menjaga saya sehingga ke hari ini.
Bagi yang tidak punya ibu atau bapa, mari lah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihat untuk mereka. Al-Fatihah.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Final??? Lumrah Siswa

Memilih yang terbaik...

Hanya Pada-Mu