10 May 2024 - Catatan sanubari; Cinta fasad. 7 tahun dalam alam percintaan bersama insan yang kau anggap istimewa dalam hidup hanyalah fasad cinta dan realiti yang beliau tunjukkan. Begitulah kisah aku. Remuk nya hati ini mengetahui kebenaran. Namun mungkinkah lebih baik mengetahui isi hati sebenar dari terus di sembunyikan dari pengetahuan. Aku mengetahui dari akaun Thread beliau di mana beliau menyatakan isi hati sebenar terhadap aku. Tuhan sahaja yang mengetahui betapa pedih nya perasaan saat itu. Belum aku beri tahu perihal ini, bahwa aku sudah mengetahui hal ini. Mungkin aku takut akan kesudahan nya nanti. Hati ini belum bersedia. Jadi aku rentetkan di sini. Cinta kepada ku, kau kata bukan lah seperti cinta pandang pertama mahupun cinta yang automatis terlahir dari hati kau. Cinta kepada ku hanyalah cinta usaha yang kau cuba lahir kan. Mungkin kerana itu, aku tidak dapat merasai tulus nya cinta mu. Semakin pudar cinta mu itu aku rasakan seiring dengan masa. ...
"Like a Grass In The Field. It's hard to determine which is the best. But you must trust and believe in your heart. One you find, you can't go backwards. What's had happen it's all qada' dan qadar." Memilih Rumput. Pada suatu hari, di sebuah sekolah, seorang guru telah menyuruh murid-murid untuk mencari rumput yang cantik di sebuah padang bola. Terdapat beberapa syarat yang dikenekan sebelum mereka dapat mencari rumput-rumput mereka itu. Antara syarat-syarat nya ialah: Mereka hanya dibenarkan memetik satu rumput sahaja. Mereka tidak dibenarkan menoleh kebelakang setelah berjalan ke hadapan. Dan setelah memetik rumput , mereka hasrus segera pulang ke kelas. Seorang murid bertanya kepada guru nya, “ Bagaimana kami ingin mencari rumput yang begitu istimewa sedangkan rumput-rumput kelihatan sama sahaja?”. Kemudian guru itu menjawab, “Kamu akan merasai nya dengan hati kamu. Apa yang kamu perlu buat adalah yakin sahaj...
Dek kerana terlalu memandang ke belakang (masa silam), aku sukar melangkah ke hadapan. Setiap detik yang dilalui penuh dengan penyesalan. Oleh kerana hati tidak redha dengan ketentuan Ilahi. Astaghfirullah. Sungguh aku tak bersyukur. (Dalam usaha memperbaiki diri). Kerana masa silam aku terasa menyeronokkan dari waktu semasa, aku selalu membuat "playback". Mengingati apa yang "kami" (childhood friends) buat semasa bergelar "budak-budak". Sekarang, dengan azam dan tekad yang mula aku benih kan, aku sangat berharap aku tidak lah selalu membelek buku lama itu lagi. Tidak memandang ke masa silam itu. Aku mahu terus berjalan, membuat banyak memori sementara aku masih bergelar insan yang hidup didunia. Dan aku juga mahu mengumpul bekalan untuk sesudah hidup ku (mati). Semoga dipermudahkan oleh Nya. Ayuh, sahabat dan kawan, mari buat memori manis. Serta juga kita akan terus melangkah kehadapan, teguh berdiri dua kaki. Dengan azam yang baru bersama memimpin tan...
Comments
Post a Comment