Things I Want / Perkara yang Saya Mahukan.
Assalamualaikum and salam sejahtera. Manusia manakah yang tidak mempunyai keinginan kan? Begitu juga saya. Sudah tentulah berbagai - bagai perkara yang saya mahukan sama ada semasa hidup mahupun sesudah nya. Ini adalah perkara yang saya mahukan semasa saya masih belajar : Mahu dapatkan ramai kawan. Mahu dapat pointer tinggi. Mahu banggakan ibu bapa dengan result yang cemerlang. Mahu bersosial. Mahu semua yang dilakukan berjalan dengan lancar. Mahu up-to-date dengan teknologi zaman sekarang. Namun, dari semua yang disenaraikan ini, tiada satu pun yang saya telah miliki. Usaha yang sikit akan membuahkan hasil yang sikit. Ini lah yang dikatakan bagai besar pasak dari tiang. Cuma angan - angan Mat Jenin. Ini perkara yang saya mahukan apabila masuk ke alam pekerjaan : Mendapatkan kerja yang bagus. Gaji yang besar. Kumpul duit. Dapat banyak elaun. Bonus setiap tahun. Kerja yang senang. Rakan kerja yang friendly, best, funny dan tidak membosankan. Suasana kerja yang