Posts

Showing posts from April, 2014

Pandang Hadapan

Dek kerana terlalu memandang ke belakang (masa silam), aku sukar melangkah ke hadapan. Setiap detik yang dilalui penuh dengan penyesalan. Oleh kerana hati tidak redha dengan ketentuan Ilahi. Astaghfirullah. Sungguh aku tak bersyukur. (Dalam usaha memperbaiki diri). Kerana masa silam aku terasa menyeronokkan dari waktu semasa, aku selalu membuat "playback". Mengingati apa yang "kami" (childhood friends) buat semasa bergelar "budak-budak". Sekarang, dengan azam dan tekad yang mula aku benih kan, aku sangat berharap aku tidak lah selalu membelek buku lama itu lagi. Tidak memandang ke masa silam itu. Aku mahu terus berjalan, membuat banyak memori sementara aku masih bergelar insan yang hidup didunia. Dan aku juga mahu mengumpul bekalan untuk sesudah hidup ku (mati). Semoga dipermudahkan oleh Nya. Ayuh, sahabat dan kawan, mari buat memori manis. Serta juga kita akan terus melangkah kehadapan, teguh berdiri dua kaki. Dengan azam yang baru bersama memimpin tan